Posts

Image
  KLINIK SUBFERTILITI LPPKN JALAN RAJA LAUT KUALA LUMPUR Assalamualaikum sahabat pejuang garis 2. Saya bukanlah wakil untuk mempromosikan Klinik LPPKN ini. Tetapi saya hanya ingin berkongsi kepada anda yang mempunyai masalah kesuburan seperti saya dan akan menceritakan perjalanan selama saya membuat rawatan IVF di klinik ini. Meskin pun sehingga hari ini 15/9/23 saya belum mengetahui lagi adakah saya berjaya mendapatkan zuriat melalu rawatan IVF di klinik ini. Kerana perjalanan ini baru bermula.. Jika anda membaca blog saya ini pada tahun 2024, 2025 atau seterusnya, saya berharap ketika itu saya sedang menyusukan anak saya, atau memandikannya, atau saya sedang memimpin tangan anak saya ketika kami sedang berjalan ditepian pantai.. insyaallah.. (jika Allah menghendaki) Jika anda baru sahaja melawati blog saya, sedikit penerangan, saya telah berkahwin selama 7 tahun. 6 kali keguguran dan 2 kali hamil luar rahim. Saya hanya mempunyai 1 tiub fallopian kerana tiub kiri telah dibuang...
Image
  Penulisan ketiga Assalamuaikum hi sahabat TTC Alhamdulillah hari ni semangat saya telah kembali pulih daripada hari dimana saya dan suami berjumpa doctor. Rasa lebih tenang dan cuba menerima ketentuanNya.. Jika anda nak tahu dari awal perjalanan cerita saya, anda boleh baca penulisan pertama di blog saya. Sedikit penerangan, selama 7 tahun perkahwinan, saya telah hamil 8 kali. Kehamilan luar rahim 2 kali dan keguguran 6 kali. Semuanya 8 anak sedang menunggu kami di syurga.. Ok kali ni dah tak nak sedih lagi..  promise  hihi👌 Di penulisan pertama saya, tujuannya adalah untuk saya menceritakan sepanjang pengalaman yang akan saya lalui untuk ikhtiar hamil. Saya amat yakin untuk membuat prosedur IUI kerana pada tahun 2017 saya dan suami telah melakukan beberapa ujian seperti HSG X-RAY, ujian darah dan ujian air mani. Oleh kerana keputusan dari beberapa ujian tersebut sangat baik, doktor  advise  kami untuk melakukan prosedur IUI. Oleh kerana beberapa minggu kemud...
Image
Penulisan kedua  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat pejuang garis 2.. Ini ialah penulisan kedua saya di blog ni.. Hari ini terasa sangat sayu.. sedikit sedih, berdebar, dan fikiran berkecamuk.. Hari ini Jumaat 15/9/23. Semalam saya dan suami berjumpa dengan doktor untuk doktor menerangkan keputusan daripada perbagai proses yang telah kami lakukan. Didalam penulisan pertama saya, itu adalah hari pertama saya dan suami akan melakukan IUI RAWATAN KESUBURAN DI LPPKN. Tetapi keputusan yang doktor bacakan, kami tidak boleh melalu prosedur IUI. Kerana saya mempunyai masalah.. Terasa sesak didada saat saya menulis ketika ini.. Insyaallah jika semangat saya kembali pulih, saya akan ceritakan keputusan yang doctor bacakan kepada kami.. doakan saya 😔 Bila sedih, saya suka sangat dengar lagu ni.. kepada suami ku untuk mu aku akan bertahan demi memiliki buah hati kita..💜 Inshaalah Afgan - Untukmu Aku Bertahan | Lirik Lagu Indonesia Tenanglah, kekasihku Kutahu hatimu menangis B...
Image
 Penulisan pertama Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ini adalah penulisan pertama saya.. Tak tahu nak mula dari mana 😅 mungkin saya patut kenalkan diri dulu.. Dan mungkin nak meluahkan perasaan dulu hihi.. Biasalah bila melibatkan zuriat ni, memang beremosi 💔 Di blog ini Saya akan menceritakan kepada anda pengalaman hamil luar rahim, keguguran berulang dan adakah saya akan berjaya melalui proses rawatan kesuburan IUI ❓ adakah saya berpeluang melahirkan anak dari rahim saya  ❓ Saya juga akan berkongsikan tanda-tanda hamil luar rahim, bagaimana saya melalui saat sukar bila diberitahu saya hamil luar rahim untuk kali ke 2 dan bagaimana melalui keguguran berulang.. Bersiap mental dan fizikal anda. Nama saya Camellia, pada tahun 2023 ni, saya berumur 32 tahun dan suami saya 34 tahun. Kami telah melayari bahtera rumahtangga selama 7 tahun. Apa maksud BAHTERA❓ kapal yang belayar dilautan yang luas.. Kadang tenang, kadang dipukul ombak.. Begitulah kami.. Dan Anda juga kan? Saya ...